Sunday 20 November 2011

LAWATAN KE ZOO NEGARA




Kami pergi  ke zoo negara pada pagi Ahad  (13-11-2011).Saya dan ayu naik teksi bersama.Kawan kami ara telah sampai di sana lebih awal dari kami.Setelah kami sampai disana kami pun  telah beli tiket untuk masuk ke dalam zoo. Tiket untuk memasuki zoo negara adalah RM20. Tujuan kami melawat ke zoo adalah untuk membuat pemerhatian tentang haiwan iaitu tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami untuk subjek awal sains.








Aquarium  di situ sangat luas,kami sangat gembira dan teruja melihat keindahan alam lautan dengan pelbagai spesis lautan.Seperti ikan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk.Suasana agak tenang dan sunyi.









Saturday 19 November 2011

KEMPEN KITAR SEMULA


                                          
                                         





 Kempen kitar semula  telah dilancarkan pada tahun 1993 oleh Kementerian Perumahan dan  Kerajaan Tempatan (KPKT). Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara ( dari pembakaran ), dan pencemaran air ( dari tapak perlupusan ) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.

Masalah dan halangan kitar semula

 Pada masa kini, konsep kitar semula ini kurang diterapkan dalam diri masyarakat kerana masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap tidak menghiraukan alam sekitar. Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.

Selain daripada itu kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat pada masa kini yang membuang bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar betapa pentingnya amalan kitar semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang kepentingan.

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dnegna harga yang rendah menyebabkan penduduk sekitar lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya. Di samping itu, kurangnya pusat pengumpulan bahan kitar semula juga menjadi punca utama mengapa amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan. Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan.
  
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah

 Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Langkah-langkah tersebut adalah seperti mengadakan kempen bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar. Selain itu, kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan. 
Pendidik juga memainkan peranan penting dalam memberikan galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Pendidik perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula dapat menyelamatkan bumi dari ancaman kemusnahan. Dengan memberikan pendekatan yang menarik, pelajar dapat memupuk minat pelajar untuk mencintai alam sekitar.

Peranan kerajaan juga perlu untuk memastikan amalan kitar semula ini mendapat sambutan dengan cara menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pusat pengumpulan. Institusi pendidikan juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik begi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.

Amalan gotong-royong juga mampu menjamin kebersihan persekitaran sekaligus mengumpulkan bahan kitar semula dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama agar kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga bumi ini daripada ancaman kemusnahan.









Tuesday 1 November 2011

Pembelajaran Sains

Dalam pembelajaran sains,kanak-kanak memina sendiri kefahaman mereka melalui penglibatan dalam aktiviti hands-on.Kanak-kanak tidak belajar sains dengan hanya mendengar penjelasan daripada guru.Mereka perlukan pengalaman sains yang konkrit bagi membolehkan mereka menguasai konsep dan proses saintifik dan menghayati nilia-nilai murni yang releven dalam sains.Melalui aktiviti amali dan eksperimen,kanka-kanak mampu mengingat lebih lama lagi bahan yang dipelajari.Penerokaan saintifik juga membantu memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah , mengenal pasti sebab dan akibat , menyusun dan mengelas.Penerokaan awal  ini menjadi asas pada pembelajaran sains seterusnya.Keupayaan menyelesaikan masalah melalui cuba-jaya adalah penting dan perlu dalam sains dan dalam membina keyakinan diri kanak-kanak.Justeru,adalah penting guru-guru menyediakan sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dalam sains.