Saturday 31 December 2011

Laporan Lawatan ke Zoo Negara

Pengenalan(Zoo Negara)

 Pendedahan tentang haiwan amat sesuai untuk kanak-kanak.Kanak-kanak akan lebih teruja apabila dapat melihat sendiri jenis jenis haiwan yang terdapat di dalam zoo negaraKanak-kanak lebih mudah untuk memahami konsep hidupan yang tinggal di air dan di darat.


Rasional pemilihan tempat lawatan

  •  Bersesuaian dengan KSPK.
  •  Objektif utama lawatan kami ialah untuk  melihat haiwan di zoo dan khas untuk melihat dan membuat laporan tentang  haiwan yang hidup di darat dan air.Iaitu kami mengkaji kura-kura , ular dan katak
  • Sesuai untuk pembelajaran kanak-kanak

Persedian Awal

Harga tiket :
Dewasa : RM 20.
Kanak – kanak : RM 10.
•Waktu operasi :
-9.00 a.m – 5.00 p.m
-Zoo negara terletak di Jalan Ampang dan berhampiran dengan Batu Caves, Gombak.



Aktiviti yang dilakukan

Mengkaji kura-kura, ular dan katak
•mengenal pasti hidupan hidup di air dan darat.
•melihat haiwan-haiwan dengan lebih dekat.
•mengenal haiwan-haiwan yang semakin pupus dan terancam.
•dapat peluang melihat haiwan –haiwan diberi makan olehstaf-staf zoo negara.

















Flash Card

Question:Why kangaroo have a pouch ?
Answer: To keep its baby in the pouch.

Question:How does the kangaroo move?
Answer:The kangaroo hop.

Question:What does the kangaroo eat?
Answer:Kangaroo eat leaves and grass.

Question:Where to the kangaroo live?
Answer:Kangaroo live in the jungle.

Question:Why does the kangaroo have long tail?
Answer:To protect its self from enemy.

Ekperimen Udara

Saya telah diberi tugasan oleh Puan Kamariah untuk menjalankan eksperimen tentang udara. Saya dibantu oleh rakan-rakan semasa pemilihan tajuk eksperimen dan telah memilih untuk menjalankan eksperimen mengenai(udara)'menghasilkan putaran pada kincir angin'. 

Bahan-bahan yang diperlukan;kincir angin

soalan 

 1.   Apa itu udara?
 2.    Boleh kita nampak angin?
 3.Boleh  kita rasa angin?

Ekperimen:
-       menjalankan eksperimen untuk membuktikan bahawa  udara boleh menghasilkan putaran pada kincir angin.
-   boleh ditiup.

-   boleh gerakkan kiri dan kanan untuk menghasilkan putaran pada kincir angin.
- Apabila kincir angin diletakkan dekat dengan kipas maka ia boleh bergerak. 



Thursday 8 December 2011

Eksperimen 1: Terus Membesar

Bagaimana tumbuhan tumbuh & membesar?
Kebanyakannya tumbuh daripada biji benih yang dihasilkan oleh tumbuhan induk
Kacang ialah biji benih pokok kacang
Lihat apa yang terjadi apabila kacang mula tumbuh ataubercambahmenjadi pokok kacang yang baru

Bahan  diperlukan
Balang kaca/ botol/ bekas yang lutsinar
Air
Tuala kertas/ kapas
Biji kacang panjang




Cara-caranya

Rendamkan beberapa biji (6-8 biji) kacang panjang dalam air seketika
Basahkan beberapa helai tuala kertas/ kapas dengan air & masukkannya ke dalam balang
Selitkan biji kacang di antara tuala kertas/ kapas dengan dinding balang
Letakkan balang di tempat yang panas

Keputusannya  @ Eksperimen 1:Terus membesar


            Hari  ke 2-3(Gambar)














     Tidak ada apa-apa perubahan pada ke dua.Tiada perubahan ketara biji benih kelihatan masih dalam keadaan yang sama iaitu berwarna coklat .Hari ke 3 terdapat perubahan pada warna biji benih berwarna coklat telah ditukar berwarna hitam.Malah hari ke 3 pula akar pada biji benih kacang panjang sudah mula bertumbuh.

         
          Hari Ke – 4


                  

           Hari ke 7


              


         







      Akar dari biji benih kacang panjang bertumbuh semakin panjang.














     Akar biji benih sudah mula bercambah dan bertumbuh lebih panjang  dari hari 1-6.

Kesimpulan: Eksperimen biji benih kacang panjang bertumbuh dengan subur.Perlu ada  matahari , air dan cahaya untuk memastikan biji benih kacang panjang tumbuh dengan baik dan subur.















Sunday 20 November 2011

LAWATAN KE ZOO NEGARA




Kami pergi  ke zoo negara pada pagi Ahad  (13-11-2011).Saya dan ayu naik teksi bersama.Kawan kami ara telah sampai di sana lebih awal dari kami.Setelah kami sampai disana kami pun  telah beli tiket untuk masuk ke dalam zoo. Tiket untuk memasuki zoo negara adalah RM20. Tujuan kami melawat ke zoo adalah untuk membuat pemerhatian tentang haiwan iaitu tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami untuk subjek awal sains.








Aquarium  di situ sangat luas,kami sangat gembira dan teruja melihat keindahan alam lautan dengan pelbagai spesis lautan.Seperti ikan yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk.Suasana agak tenang dan sunyi.









Saturday 19 November 2011

KEMPEN KITAR SEMULA


                                          
                                         





 Kempen kitar semula  telah dilancarkan pada tahun 1993 oleh Kementerian Perumahan dan  Kerajaan Tempatan (KPKT). Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara ( dari pembakaran ), dan pencemaran air ( dari tapak perlupusan ) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.

Masalah dan halangan kitar semula

 Pada masa kini, konsep kitar semula ini kurang diterapkan dalam diri masyarakat kerana masyarakat pada hari ini lebih mengamalkan sikap tidak menghiraukan alam sekitar. Antara punca dan halangan utama yang menyebabkan amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan ialah sikap individu dimana terdapat segelintir masyarakat yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.

Selain daripada itu kurangnya pengetahuan di kalangan masyarakat pada masa kini yang membuang bahan kitar semula kerana mereka tidak sedar betapa pentingnya amalan kitar semula. Bagi mereka, amalan kitar semula ini hanya membuang masa dan tidak mendatangkan sebarang kepentingan.

Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula dnegna harga yang rendah menyebabkan penduduk sekitar lebih senang membakar bahan tersebut daripada menjualnya. Di samping itu, kurangnya pusat pengumpulan bahan kitar semula juga menjadi punca utama mengapa amalan kitar semula ini tidak mendapat sambutan. Selain daripada itu, terdapat juga masyarakat yang tidak memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan.
  
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah

 Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik. Langkah-langkah tersebut adalah seperti mengadakan kempen bagi melahirkan masyarakat yang lebih prihatin terhadap alam sekitar. Selain itu, kempen ini dapat memberikan kesedaran kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami kemusnahan. 
Pendidik juga memainkan peranan penting dalam memberikan galakan kepada pelajar untuk melaksanakan amalan kitar semula. Pendidik perlu menyatakan bahawa amalan kitar semula dapat menyelamatkan bumi dari ancaman kemusnahan. Dengan memberikan pendekatan yang menarik, pelajar dapat memupuk minat pelajar untuk mencintai alam sekitar.

Peranan kerajaan juga perlu untuk memastikan amalan kitar semula ini mendapat sambutan dengan cara menyediakan lebih banyak lagi kemudahan pusat pengumpulan. Institusi pendidikan juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasi yang strategik begi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang betul.

Amalan gotong-royong juga mampu menjamin kebersihan persekitaran sekaligus mengumpulkan bahan kitar semula dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama agar kitar semula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga bumi ini daripada ancaman kemusnahan.









Tuesday 1 November 2011

Pembelajaran Sains

Dalam pembelajaran sains,kanak-kanak memina sendiri kefahaman mereka melalui penglibatan dalam aktiviti hands-on.Kanak-kanak tidak belajar sains dengan hanya mendengar penjelasan daripada guru.Mereka perlukan pengalaman sains yang konkrit bagi membolehkan mereka menguasai konsep dan proses saintifik dan menghayati nilia-nilai murni yang releven dalam sains.Melalui aktiviti amali dan eksperimen,kanka-kanak mampu mengingat lebih lama lagi bahan yang dipelajari.Penerokaan saintifik juga membantu memperkembangkan kemahiran menyelesaikan masalah , mengenal pasti sebab dan akibat , menyusun dan mengelas.Penerokaan awal  ini menjadi asas pada pembelajaran sains seterusnya.Keupayaan menyelesaikan masalah melalui cuba-jaya adalah penting dan perlu dalam sains dan dalam membina keyakinan diri kanak-kanak.Justeru,adalah penting guru-guru menyediakan sebanyak mungkin pengalaman pembelajaran dalam sains.

Saturday 8 October 2011

Mengenali Alam sekitar

Alam sekitar adalah anugerah yang tidak terkira nilainya bagi kita di muka bumi ini.Kita  bertanggungjawab menguruskan anugerah alam semesta ini sebaik  mungkin.Segala keperluan yang diperlukan oleh manusia seperti air,udara,makanan pakaian dan tempat tinggal terdapat pada bumi ini.Kita bertanggungjawab memastikan segala sumber-sumber keperluan kehidupan tersebut cukup dan berkeadaan baik untuk semua orang bagi generasi kita dan generasi-generasi seterusnya. Tanggungjawab ini perlu dijalankan dengan rasa hormat dan sayang kepada apa yang ada terutama sekali kepada semua benda hidup di muka bumi ini.Rasa hormat dan sayang pada alam sekitar membolehkan seseorang menjalankan tanggungjawabnya dengan berkesan dan ‘ komited’.Pendidikan berhubung alam  sekiatar perlu diadakan sejak peringkat awal lagi supaya kesedaran berhubung tanggungjawabnya ini tertanam dalam jiwa kita.